![]() |
Anastasiya Shpagina Dari Ukraine |
RAMBUTNYA panjang mengurai dan berwarna merah terang. Sepasang matanya tampak besar tinjauan teknik solekan yang menggunakan penggaris mata hitam manakala anak matanya bundar dengan kanta lekap warna ungu. Rias wajahnya tidak ubah seperti watak animasi Jepun apatah lagi memiliki badan langsing dan pinggang ramping.








![]() |
SELAIN menyanyi dan menulis lagu Valeria (kanan) turut mengendalikan seminar kerohanian yang membantu anak-anak memahami diri sendiri. |
Menafikan
![]() |
Valeria Lukyanova from Russia. |





![]() |
RUPA paras dan bentuk fizikal Valeria saling tak tumpah seperti anak patung Barbie. |
Surgeri plastik
"Setakat ini saya sudah menulis 70 buah lagu dan akan tampil dengan album pertama tidak lama lagi. Saya memiliki vokal yang besar dan boleh menyanyi soprano," ujar Valeria yang gemar menyarungkan pakaian seksi.
![]() |
Valeria Lukyanova |
Tertekan dek sikap masyarakat yang lebih meminati dan menghargai individu yang cantik telah menyebabkan 80 peratus golongan wanita muda bertekad menjalani pembedahan plastik.
"Mereka menyifatkan keyakinan diri akan wujud apabila memiliki fizikal menawan. Atas faktor itu mereka sanggup berbelanja tinggi semata-mata untuk mengubah wajah dan bentuk badan agar tampil sempurna. Lazimnya golongan ini obses meniru kecantikan selebriti dan boneka.
"Fenomena ini mempamerkan bahawa pembedahan kosmetik membantu orang ramai berasa yakin di khalayak. Padahal ia bukanlah pilihan terbaik bagi jangka masa panjang. Ini disebabkan hari demi hari mereka akan ketagih untuk melakukan lebih banyak pembedahan apabila teruja melihat tinjauan kecantikan pada fasa pertama," jelas Mosier yang turut menjelaskan tentang risiko dan kesan sampingan akibat pembedahan plastik.
Menurut data yang dikeluarkan oleh ASPS pada tahun 2007, satu pertiga daripada pesakit yang melakukan pembedahan plastik menderita komplikasi yang sukar diubati. Selain jangkitan, parut kekal dan pendarahan serius ada kemungkinan mereka berhadapan dengan kematian.
Menurut Mosier, salah seorang pesakitnya Lorraine Batt, 36, mati semasa menjalani pembedahan plastik abdominoplasti iaitu prosedur mengepil kulit perut berlebihan.
"Jika komplikasi kecil pakar mungkin dapat memberikan rawatan sewajarnya, namun apa yang membimbangkan jika pesakit mengalami jangkitan serius yang boleh membawa maut.
"Antaranya pesakit mungkin berhadapan dengan penyakit kulit dan risiko penyakit jantung serta jangkitan pada otak jika menggunakan ubat bius melebihi had," tegas Presiden ASPS, Dr. Malcom Roth yang menentang tindakan Valeria Lukyanova yang mengubah wajah dan bentuk badan persis boneka Barbie. Dia menyifatkan pembedahan plastik secara drastik membantutkan tumbesaran dan kematangan seseorang.
LINK
0 comments:
Post a Comment